Monday, September 8, 2008
Tuesday, August 26, 2008
lagu tema Merdeka 51 tahun
PERPADUAN TERAS KEJAYAAN
Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa Mulia
Sehati Sejiwa
Bangun Membantu Agar Sepakat
Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada
Dalam Hidup Harmoni
Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani Ikhlas
Dihati Murni
Menjadi Kekuatan Kita
Bersatu…….Bersatu
Bersatu Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan
Berpadu……Berpadu
Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Saturday, July 26, 2008
UCAPAN JAMUAN MAKAN MALAM SEMPENA PERSARAAN PENGETUA
TEKS UCAPAN PERSARAAN PN PENGETUA
26 Jun 2008
Oleh:
Yatiman B Kamsidin
Assalamualaikum w.b.t
Yang berusaha Bonda Pn Hjh Saleha Bt Kasmani, Pengetua SMK Bandar Seri Alam, Bonda yang diraikan dan suami.
Yang dihormati En Jamaludin B Jamil, Yang dipertua PIBG
Tuan Hj Musa B Mahadi NYDP PIBG
En Hassan B Md Deli GPK Pentadbiran
En Rashid B Abd Rahman GPK HEM
Rakan-rakan guru
AJK PIBG
Jawatankuasa penganjur majlis Semekar Budi Sejambak Memori
Sang tompok makan ikan bilis
Makanan Pemberian Pak Muhari,
Majlis bukan sebarang majlis
Diberi nama semekar budi sejambak memori
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, sebagai wakil guru dapat saya menyampaikan sepatah dua kata di majlis yang indah dan nyaman ini. Malam ini bolehlah dikatakan sebagai malam terakhir bagi kita dapat bersama-sama bonda kita di dalam majlis rasmi seperti ini sebelum tiba tarikh rasmi persaraan wajib beliau kunjung tiba iaitu pada 28 Jun 2008…
saya dengar tarikh tersebut menjadi penghitungan bonda yang dikasihi saban waktu
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Tujuan majlis ini diadakan, bukan sahaja untuk majlis makan-makan, ia juga menjadi medan terakhir bagi kita untuk beramah mesra sesama kita. Melunaskan rasa rindu kita kepada bonda kita sebelum pemergian beliau. Bercakaplah dan bersapalah di majlis ini sepuas-puasnya dengan beliau selagi ruang masih ada. Di sini juga kita dapat berpeluang mendengar amanat terakhir dari bonda yg dikasihi. Sudah tentu ada kata-kata hikmah dan pesanan yang akan menjadi ingatan dan panduan kepada kita untuk menjadi pendidik yang berjaya dan berkarisma seperti beliau.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian
Kami sebenarnya merasai satu kehilangan besar di sini, beliau umpama sebutir permata di lautan luas, walaupun tenggelam di dasar selut yang hitam, beliau tetap bersinar walaupun hanya bekas yang ditinggalkan. Saya tertarik dengan corak petadbiran beliau di sepanjang perkhidmatan beliau di sini, kami akui bonda mentadbir sekolah ini dengan sentuhan sifat-sifat keibuan. Lembut, mesra, mudah dibawa berbincang, dan penuh kasih sayang serta penuh rasa empeti. Walaupun begitu dalam berlembut tetap ada tegasnya. Sehubungan dengan itu teguran dan nasihat yang bonda lontarkan akan kami ingati.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Masa beredar terlalu pantas. Kami rasa seperti baru semalam mengenali bonda. Rupanya kami hanya bermimpi di siang hari…sedar-sedar bonda kita akan mencapai persaraan wajib dalam masa 2 hari lagi. Adalah diakui bahawa banyak sumbangan dan peranan yang telah beliau lontarkan demi meningkatkan lagi kreadibilti kita sebagai seorang guru. Walaupun menerajui sekolah ini dalam masa singkat, banyak usaha dan jasa beliau dalam mempertingkatkan profesion keguruan di kalangan guru telah diadakan di sekolah kita bagi memastikan perkhidmatan kita mencapai sasaran, matlamat dan standard yg ditetapkan oleh PIPP. Apa yang menarik dalam pentadbiran beliau, kursus profesionalisme di bawa keluar dari kepompong sekolah buat julung-julung kalinya ke Tanjung Bidara Melaka.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian
Rasanya saya tidak mahu berucap panjang. Kerana dibelakang saya ada lagi bahagian tetamu kehormat ingin berucap.
Dalam pada itu
Kami mohon ampun dan maaf pula
Sebab kami tahu
Ada encik-encik
Puan-puan
Tuan-tuan
Yang bimbang meninggalkan rumahnya
Yang bimbang meninggalkan anak bini
Yang bimbang meninggalkan itik ayam
Yang bimbang meninggalkan hartanya
Dan kami mendoakan
Mudah-mudahan
Tak ada angin nan berpusu
Tak ada gempa yang menggegar
Tak ada terkejut dan tergempar
Tenangnya bagai tasik
Bagai urai dalam peti
Ditutup tidak berusik
Dikongkong terjaga rapi
Selamat sentosa semuanya
Selamat sejahtera semuanya
Selamat datang semuanya
Tidak dilupakan terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada:
Bonda Hjh Saleha Bt Kasmani
AJKPenganjur Majlis pada malam ini
Ahli-ahli kebiru
AJK PIBG
Yang turut sama menyumbang di dalam majlis malam ini samada dari segi idea, tenaga dan wang ringgit demi melancarkan lagi perjalanan majlis ini
Saya akhiri ucapan saya dengan assalamualaikum w.b

Friday, July 25, 2008
Mesyuarat Tergempar Bersama PPD Pasir Gudang 25 Julai 2008
Cross Check PPD Pasir Gudang
surat layang (dihantar ke laman web PPD Pasir Gudang) mengatakan..
1. Tiada pengetua sekolah- guru2 bermaharaja lela
2. Guru buat jualan nasi lemak kepada pelajar2
3. Guru buat MLM dalam sekolah- berdasarkan pengumuman kerajaan membenarkan kakitangan
kerajaan menambah pendapatan.
Ulasan
Kes 1... sebenarnya selepas persaraan pengetua tiada kelompangan dlm pentadbiran sekolah..guru sentiasa melaksanakan tugasan dengan komited..malah program pecutan dan penambahbaikan keputusan PMR dan SPM berjalan secara berterusan walaupun sumber kewangan dperlukan yg memerlukan keputusan dan tandatangan pengetua merencatkan sumber perbelanjaan.
kes 2... sejak tahun 2007 jualan makanan dibuat dlm bilik guru bagi keperluan ahli-ahli kelab sebagai satu usaha menambah pendapatan kelab dan ia tidak menggangu penjualan makanan di kantin sekolah.
kes 3... sebagai pengerusi kebiru selama berada di sekolah ini tiada kes serius guru membuat MLM dikalangan guru dan pelajar....

Wednesday, July 23, 2008
KOMUNITI SMK BANDAR SERI ALAM 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)